BERLIN 3 Mac.- Thomas Muller mengakui terkejut Bayern Munich mampu mengejar pendahulu Bundesliga, Borussia Dortmund ketika mereka ketinggalan sembilan mata sebelum ini. Bayern kini berkongsi mata dengan Dortmund selepas melakar kemenangan besar 5-1 mengatasi Borussia Moenchengladbach, awal pagi tadi. Turut membantu Bayern berkongsi mata, apabila Dortmund tewas mengejut 1-2 kepada Augsburg, Jumaat lalu. Bayern menggunakan kelebihan ketika Dortmund tewas dengan Robert Lewandowski menjaringkan dua gol dan Javi Martinez, Mueller serta Serge Gnabry juga mencetak nama sebagai penjaring di Stadium Borussia Park. “Ia hari yang bagus buat kami. Saya tidak ingat…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya