IPOH 14 Mac – UMNO Perak menyifatkan mesyuarat pertama pimpinan peringkat negeri parti itu dengan pemimpin Pas negeri semalam memberi makna yang besar untuk kerjasama lebih erat kedua-dua parti itu. Pengerusi UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad berkata, mesyuarat tersebut berlangsung dalam suasana mesra dan perbincangan menjurus kepada soal mengukuhkan kerjasama dan muafakat pemimpin dan ahli UMNO dan Pas. Menurutnya, kedua-dua parti bersetuju untuk mengadakan perjumpaan secara berkala dan lebih kerap. “Pada mesyuarat pertama semalam, kita tidak membincangkan tentang pembahagian kerusi tetapi bincang bagaimana untuk mengadakan program di semua peringkat,” katanya…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya