SEREMBAN – Satu mesyuarat Jawatan Kuasa Tertinggi Barisan Nasional (BN) akan diadakan dalam tempoh terdekat bagi memperbincangkan rasa tidak puas hati pemimpin tertinggi MIC dan MCA. Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan ketika mengumumkan perkara itu berkata, BN akan memaklumkan butiran perbincangan tersebut dalam sedikit masa lagi. “Saya menyeru semua pihak bersama-sama duduk berbincang bagi memeta jalan hadapan yang lebih baik kepada BN dan negara,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini. MCA dan MIC dalam satu kenyataan bersama mencadangkan supaya BN dibubarkan supaya kedua-dua parti itu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya