SYDNEY 1 Mac – Menteri Pertahanan Australia, Christopher Pyne bakal mengumumkan persaraan beliau daripada arena politik. Pyne merupakan anggota Kabinet keempat yang berbuat demikian ketika kerajaan bakal berdepan pilihan raya pada Mei hadapan. Stesen penyiar tempatan, ABC melaporkan beliau akan mengumumkan persaraannya esok. Laporan media turut melaporkan Menteri Pertahanan Muda, Steven Ciobo turut akan mengumumkan persaraannya pada minggu ini. – AFP
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya