OTTAWA 5 Mac – Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau menerima tamparan hebat selepas Menteri Belanjawan, Jane Philpott mengumumkan peletakan jawatannya. Philpott yang turut memegang jawatan sebagai Presiden Lembaga Perbendaharaan berkata, beliau tidak lagi mempunyai keyakinan terhadap kerajaan dipimpin Trudeau susulan dakwaan beberapa pegawai kerajaan cuba membatalkan pendakwaan ke atas syarikat kejuruteraan gergasi, SNC-Lavalin. “Saya telah mempertimbangkan perkara yang menggegarkan kerajaan Persekutuan dalam tempoh beberapa minggu dan selepas berfikir panjang, saya memutuskan untuk meletakkan jawatan sebagai anggota Kabinet,” kata Philpott menerusi Twitter. – AFP
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya