JAKARTA 1 Mac.- Calon wakil presiden (cawapres) nombor 1, KH Ma’ruf Amin menyatakan rasa bangga kerana ideanya tentang pembangunan industri pelancongan patuh syari’ah ditiru oleh cawapres nombor 2, Sandiaga Uno. Ma’ruf berkata beliau berbesar hati dan mengalu-alukan perancangan Sandiaga yang ingin membangunkan pelancongan halal di Bali. “Pelancongan patuh syariah itu idea saya. Sudah lama saya memperkatakan tentang pelancongan syariah, kemudian dia (Sandiaga) pula turut sama merancang untuk membangunkan pelancongan halal, terima kasih,” katanya ketika berucap di Lapangan Boulevard Pangandaran, Jawa Barat. Beliau berada di Pangandaran untuk menghadiri program lawatan politik…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya