KUALA LUMPUR 3 Mac – Khabar angin kini bertiup kencang dalam kalangan penyokong Selangor bahawa jurulatih Red Giants, B. Sathianatan akan diganti ekoran kegagalan pasukan itu mencatat sebarang kemenangan selepas lima perlawanan musim ini. Desas-desus mengatakan Sathianathan bakal diganti dengan jurulatih import yang pernah mewarnai Liga Malaysia (Liga M). Biarpun tidak mendedahkan siapa jurulatih dimaksudkan, namun ada bekas pengendali Kedah, Roman Marcote; bekas jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Mario Gomez dan pengendali skuad bawah 19 tahun negara, Bojan Hodak antara nama yang disebut-sebut. “Ada yang nampak kelibat jurulatih import yang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya