BLANTYRE 1 Mac – Malawi akan menawarkan ganjaran wang tunai hampir AS$7,000 (RM28,522) kepada pemberi maklumat tentang penculikan dan pembunuhan mereka yang mengalami albino di negara itu. Reuters melaporkan, kepercayaan kepada ilmu hitam yang meluas di kawasan pedalaman Malawi menyebabkan ritual membunuh albino kerana percaya badan mereka dapat meningkatkan kekayaan. Pembunuhan albino kembali menjadi tumpuan selepas kematian Yasin Phiri di hadapan anaknya pada awal tahun lalu. Media tempatan melaporkan, tangan mangsa dipotong, giginya dikeluarkan manakala bahagian sulitnya dipindahkan sehingga mendorong masyarakat tempatan dan antarabangsa menuntut tindakan kerajaan. “Kerajaan akan memberi…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya