NAIROBI, Kenya – Empat pelancong warga Amerika Syarikat (AS) dan seorang juruterbang warga Kenya terbunuh selepas helikopter yang dinaiki terhempas ke dalam tasik di sebuah pulau di barat laut Kenya, kata pihak polis hari ini. Kemalangan berlaku di Taman Negara Pulau Central di Tasik Turkana kira-kira pukul 8 malam (waktu tempatan) semalam, menurut polis dalam satu kenyataan. Kesemua mereka yang berada di dalam helikopter tersebut maut. “Kakitangan keselamatan yang dihantar ke lokasi kejadian mengesahkan bahawa empat daripada lima penumpang adalah warga AS sementara juruterbangnya pula warga Kenya,” katanya. Punca kemalangan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya