KUALA LUMPUR 1 Mac – Lelaki warga Ireland, Stephen Warde yang hilang sejak dua bulan lalu ditemui di Masjid Al-Masud, Jalan Damai, di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Superintenden Shaharuddin Abdullah berkata, lelaki berusia 32 tahun itu ditemukan oleh orang awam pada pukul 3 petang namun gagal mengingati apa-apa tentang dirinya sebelum dihantar ke Kedutaan Ireland di Jalan Ampang. “Stephen dimasukkan ke wad psikiatrik Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan pegawai penyiasat telah datang ke hospital bagi rakaman percakapan namun masih belum dibenarkan berjumpa lelaki tersebut kerana…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya