HULU TERENGGANU – Seorang lelaki warga Singapura yang memandu kereta mewah jenis Porsche 911 Martini nyaris maut selepas kenderaan dipandunya terjunam ke dalam gaung sedalam kira-kira 15 meter di Jalan Aring- Kenyir berhampiran Tasik Kenyir dekat sini semalam. Dalam kejadian pada pukul 9 pagi itu, Ong Hong Woon, 45, mengalami retak pada tulang bahu kiri selain sebahagian giginya patah dan luka pada bahagian mulut akibat kemalangan tersebut. Kereta Porsche 911 Martini yang dianggarkan bernilai lebih RM1 juta itu remuk teruk di bahagian hadapan dan belakangnya dan terpaksa diangkat dari gaung…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya