KUALA LUMPUR 5 Mac.- Seorang lelaki maut selepas kenderaan dipandunya terbabit dalam kemalangan berhampiran Majlis Sukan Negara di Jalan Barat menghala ke Taman Teknologi Park, Kuala Lumpur, awal pagi ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 2.26 pagi itu, mangsa ditemukan rentung di bahagian tempat duduk pemandu selepas kereta jenis Honda City yang dipandunya terbakar. Difahamkan, hasil pemeriksaan lanjut ke atasnya mendapati tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemukan. Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada forensik polis sebelum dibawa ke Hospital Serdang untuk bedah siasat.- UTUSAN ONLINE
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya