MELAKA 18 Mac – Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mencederakan isterinya dengan menggunakan sebuah bakul baju pada bulan lalu. Uzair Abd. Kadir, 42, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik sahaja pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Muhammad Nazrin Ali Rahim. Mengikut pertuduhan, dia didakwa dengan sengaja telah menyebabkan kecederaan terhadap isterinya, Noor Delaila Daud, 35, dengan memukul mangsa menggunakan sebuah bakul baju berwarna biru. Tindakan itu dilakukan tertuduh di sebuah rumah pangsa Pantai Peringgit di sini kira-kira pukul 9 pagi pada 13…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya