Selama dua hari berturut-turut, Blackpink telah berjaya memukau kira-kira 16,000 penonton menerusi Konsert Blackpink In Your Area Kuala Lumpur 2019 yang berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam minggu lalu. Keterujaan Blinks, gelaran peminat kumpulan ini mula membanjiri perkarangan stadium sejak pukul 3 petang lagi berbaloi apabila kumpulan di bawah naungan label berpengaruh YG Entertainment ini memberikan persembahan terbaik dan mengagumkan walaupun hanya dengan 10 lagu. Fakta menarik, mereka menjadi kumpulan wanita pertama yang mengadakan konsert selama dua hari di Malaysia selepas kumpulan yang bernaung di bawah pengurusan yang sama, BigBang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya