MANAMA 30 Mac – Pendatang baharu Formula Satu (F1), Charles Leclerc mengetepikan rakan sepasukan yang juga juara dunia empat kali, Sebastian Vettel untuk menyambar petak pertama Grand Prix Bahrain, sebentar tadi. Pemandu muda Ferrari dari Monaco itu akan memulakan perlumbaan esok di petak depan buat kali pertama, sekali gus meletakkan pasukannya pada landasan terbaik untuk memenangi saingan di Litar Antarabangsa Bahrain. Dua pemandu Mercedes, Lewis Hamilton dan Valtteri Bottas masing-masing mencatat masa ketiga dan keempat terpantas dalam sesi kelayakan. “Esok adalah perlumbaan sebenar yang menawarkan mata tetapi hari ini permulaan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya