KUALA LUMPUR 31 Mac – Panik dan takut. Itu alasan diberikan seorang lelaki yang meninggalkan kereta dipandunya kira-kira lima kilometer dari tempat kejadian selepas melanggar seorang warga emas hingga mati di Jalan Tun Jugah, Kuching, Sarawak kelmarin. Suspek yang lesennya didapati tamat tempoh sejak tiga tahun lalu itu bagaimanapun tampil menyerah diri di Ibu pejabat Polis Daerah Kuching, kira-kira pukul 7 petang tadi. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Superintenden Alexson Naga Chabu berkata, suspek yang bekerja sendiri mendakwa kereta tersebut dipinjam daripada rakannya. “Kita telah merakam percakapannya dan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya