REMBAU 3 Mac – Seramai 11 pengerusi dan setiausaha Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau hari ini menolak Timbalan Ketua Cabang PKR Rembau, Dr S. Streram sebagai calon Pakatan Harapan (PH) untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN tersebut. Mereka mendakwa, PH akan kalah lebih awal jika kepimpinan gabungan itu masih bertegas untuk mencalonkan pakar bius itu. Pengerusi MPKK Kuala Sawah, Abdul Ghani Md Yusop berkata, kepimpinan PH negeri perlu mengambil kira suara akar umbi dalam pertimbangan memilih calon yang tepat bertanding kerusi…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya