ISLAMABAD/NEW DELHI – Tentera India dan Pakistan berbalas bedilan meriam di Garisan Kawalan (LoC) yang memisahkan wilayah Kashmir kelmarin ketika krisis antara dua negara kuasa nuklear itu makin meruncing, kata beberapa pegawai seperti laporan agensi berita Xinhua. Seorang pegawai India berkata, pertempuran melibatkan penggunaan senjata berat itu berlarutan selama beberapa jam. “Kami akan memindahkan penduduk di kawasan sempadan sekiranya terdapat keperluan berbuat demikian,” katanya. Setakat ini, belum ada laporan mengenai kerosakan atau kematian sama ada oleh Islamabad ataupun New Delhi berhubung pertempuran tersebut. Beberapa pegawai lain berkata, ‘perang’ artileri itu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya