GUA MUSANG 25 Mac – Penduduk di daerah ini kecewa apabila mendapat tahu Majlis Amanah Rakyat (Mara) mengambil keputusan untuk menutup satu-satunya pusat pengajian tinggi Kolej Poly-Tech Mara (KPTM)-Kesedar yang terletak di Taman Etnobotani, di sini bermula bulan depan. Kebanyakan penduduk menyifatkan KPTM-Kesedar yang telah beroperasi sejak lapan tahun lalu itu merupakan peluang terbaik bagi pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di kawasan selatan negeri ini seperti Gua Musang, Jeli, Tanah Merah dan Kuala Krai untuk melanjutkan pengajian. Seorang penduduk, Ahmad Azhar Sulaiman, 40, berkata, khabar itu boleh disifatkan satu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya