WASHINGTON 3 Mac – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menegaskan Korea Utara tidak akan memiliki masa depan dalam ekonomi jika negara itu terus membangunkan senjata nuklearnya. “Korea Utara akan memiliki masa depan ekonomi yang memberangsangkan jika mereka mengubah pendirian tentang program nuklear. “Tetapi ekonomi mereka tidak akan berkembang jika memiliki senjata nuklear,” katanya. Dalam pada itu, Trump menyifatkan hubungan negara itu dengan AS sebagai ‘amat kukuh’.- REUTERS
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya