KUALA LUMPUR 26 Mac – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengalu-alukan penyertaan orang ramai dalam Klinik Pocketbike Peringkat Negeri Selangor di Dataran Ilmu Selayang, Selangor, Sabtu dan Ahad ini. Kursus anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor (JBS) yang bermula pada pukul 9 pagi itu mendapat kerjasama Kelab Sukan Beroda (pb2r) dan Majlis Perbandaran Selangor (MPS) . Pendaftaran dibuka percuma kepada peserta berumur 12 tahun ke bawah. Orang ramai yang berminat untuk menyertai bengkel ini boleh menghubungi pejabat JBS di talian 03-5519 2326. – UTUSAN ONLINE
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya