Sajian istana di zaman dahulu menjadi inspirasi buat Junaidah Hamid, 44, untuk membuka sebuah gerai makanan yang berkonsepkan makanan dalam talam seperti mana yang pernah menjadi hidangan kerabat diraja dahulu kala. Ditambahkan lagi dengan konsep gerai dalam taman yang sekali gus menjadikan Gerai Teringat Lenggong di Lenggong Perak ini cukup nyaman dan pastinya pelanggan yang hadir akan merasa selesa ketika menjamu selera sama ada sendirian, berdua mahupun berkeluarga. Bukan itu sahaja, beberapa buah pondok kecil yang dibina menghadap Tasik Raban di sini juga dapat menaikkan lagi selera pengunjung dengan duduk…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya