SANDAKAN 4 Mac – Mayat seorang kanak-kanak perempuan, iaitu mangsa bot karam di perairan Pulau Nunuyan dekat sini pada Khamis (28 Feb) lepas, ditemukan kira-kira 7.50 pagi ini. Menurut kenyataan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang masuk hari keempat hari ini mendapat maklumat bahawa seorang nelayan telah membuat panggilan menerusi Sistem Respons Kecemasan Malaysia (MERS 999) untuk memberitahu penemuan mayat terapung di perairan antara Tanjung Pasir dan Mumiang dekat sini. Pasukan Polis Marin (PPM) Sandakan bertindak mengambil mayat itu kira-kira 40 minit kemudian dan tiba…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya