SAUDARA PENGARANG, JABATANPerkhidmatan Awam (JPA) ingin merujuk kepada artikel yang disiarkan oleh akhbar Utusan Malaysia bertarikh 15 Mac 2019 bertajuk Ada Pegawai JPA tidak amanah? Sehubungan itu, pihak JPA akan membuat semakan dan siasatan terperinci terhadap dakwaan yang diutarakan. Pihak JPA juga berharap agar pihak pengadu dapat tampil dan berhubung dengan pihak JPA bagi mengenal pasti isu dibangkitkan pengadu. JPA sentiasa mengutamakan aspek integriti yang tinggi terhadap pegawai-pegawai yang melaksanakan tugas dengan mengikut peraturan dan norma kerja yang telah ditetapkan dari semasa ke semasa. JPA Putrajaya
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya