KANGAR 4 Mac – Pihak berkuasa perlu memandang serius mengenai tahap kebersihan kawasan pemprosesan ikan dan udang kering di Langkawi, Kedah apabila terdapat banyak aduan diterima termasuk kes makanan tersebut dipijak oleh sekumpulan anjing. Terbaharu, seorang wartawan sebuah stesen televisyen sempat merakam satu insiden anjing memakan dan memijak ikan yang dijemur. Situasi itu menjijikkan apabila difahamkan ikan berkenaan yang diproses di kawasan tersebut adalah untuk pasaran di seluruh negeri utara khususnya Kedah dan Perlis. Presiden Persatuan Pengguna Melayu Kawasan Utara (PPMKU), Che Johan Che Hassan berkata, beliau banyak menerima aduan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya