BIARPUN terpaksa mengharungi jadual perlawanan yang padat bermula Mac ini, penyandang juara Liga Super Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT) tidak mahu menjadikan ia sebagai alasan untuk mengambil mudah perlawanan menentang Selangor malam ini. Pengendalinya, Luciano Figueroa berkata, beliau mahu anak buahnya terus fokus untuk berada di tangga teratas liga dan bakal memastikan persembahan terbaik dipamerkan para pemain pada aksi di Stadium Shah Alam nanti. “Selepas perlawanan bertemu pasukan Selangor, kami akan bertolak ke Jepun untuk perlawanan peringkat kumpulan E Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2019 menentang Kashima Antlers pada 8 Mac…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya