SEPAN 5 Mac – Perbincangan antara Malaysia dan Singapura berhubung isu perjanjian air belum sampai ke tahap membawa perkara itu ke Mahkamah Dunia, kata Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah. Beliau berkata setakat ini rundingan mengenai isu berkenaan berlangsung positif. Rundingan tertutup peringkat pegawai antara Malaysia dan Singapura di republik berkenaan hari ini, juga menyentuh isu maritim, katanya ketika ditemui pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di sini. Minggu lepas, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata rakyat Johor perlu bijak memperjuangkan isu eksploitasi oleh Singapura terutamanya isu harga air…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya