SHAH ALAM 1 Mac – ‘Besar kepala’. Selepas percubaan pertamanya menyeludup keluar dadah melalui laluan udara negara berjaya, seorang juruteknik elektrik dari Perak memperjudikan nasibnya sekali lagi pada Rabu lalu dengan menjadi ‘keldai dadah’ untuk menyeludup syabu ke Korea Selatan. Namun, kali ini, hukuman gantung mandatori sedang menanti lelaki berusia 51 tahun itu selepas dia diberkas oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), ketika menghala ke mesin pengimbas Kastam, pada pukul 12.30 tengah malam. Pemeriksaan polis kemudiannya menemukan plastik lutsinar berisi 2.3 kilogram (kg) syabu NOOR…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya