IPOH 5 Mac – Hutan seluas lapan hektar di puncak bukit berhampiran Perkampungan Orang Asli Pos Legap di Sungai Siput terbakar hari ini. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, sekumpulan pegawai dan anggota dihantar ke lokasi kejadian selepas pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 8.24 pagi. Katanya, kawasan puncak bukit berhampiran Pos Legap yang terbakar itu dianggarkan berketinggian 457 meter. “Selain daripada kekuatan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Siput, operasi turut dibantu unit khas MUSTeam (Multi Skill Team) dan Pasukan Khas Operasi, Taktikal dan Peyelamat Malaysia (STORM)…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya