ALOR SETAR 30 Mac – Pengurus Johor Darul Ta’zim (JDT), Luciano Figueroa terkilan selepas anak buahnya gagal melakar kemenangan meskipun mempunyai rentetan peluang menjaringkan gol dalam aksi Liga Super menentang Kedah di Stadium Darul Aman di sini semalam. Luciano mahu pemain melupakan keputusan itu dan meningkatkan prestasi dalam aksi seterusnya bagi melebarkan jurang sebagai pendahulu liga. “Saya rasa kita perlu menang malam ini setelah mencipta banyak peluang untuk mendapatkan gol. Kami dapat mengawal bola dengan baik namun tidak dapat menghasilkan gol, inilah bola sepak. “Walaupun tidak mencapai kemenangan, saya tetap…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya