TAITUNG, Taiwan – Satu spesies harimau bintang yang dipercayai pupus sepenuhnya kini didakwa masih wujud di kawasan tenggara Taiwan buat pertama kali selepas lebih 30 tahun, lapor portal berita rt.com (Russia Today). Harimau bintang jenis Formosan clouded itu secara rasminya diisytiharkan pupus pada tahun 2013 selepas gagal dikesan sejak 1983 dan satu kajian selama 13 tahun oleh ahli zoologi turut gagal menemui haiwan tersebut. Bagaimanapun, beberapa penduduk tempatan di pekan Daren, Taitung yang terletak di tenggara Taiwan mendakwa ada ternampak kucing besar itu sejak beberapa bulan lalu sekali gus menyebabkan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya