KONSEP pakaian sedia dipakai semakin diterima ramai kerana lebih memudahkan si pemakai melakukan suai padan mengikut cita rasa dan tema majlis yang ingin dihadiri. Penambahan elemen perincian yang sederhana tidak menjadikan rekaannya tampak membosankan. Menyedari hakikat itu, pengasas jenama Sira Anggun, Datin Rahmah Mustafa memperkenalkan koleksi pakaian Muslimah terbaharu antaranya terdiri daripada blaus, sut, kemeja dan skirt untuk golongan tersebut. Bermain dengan fabrik seperti como crepe, kapas dan valentino, rekaan yang disuntik elemen kontemporari cukup versatil apabila disarungkan pada tubuh si pemakai. Ia mempunyai ciri-ciri tidak melekap pada tubuh,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya