PARIS 4 Mac – Kejayaan Roger Federer merangkul gelaran ke-100 dalam kariernya, telah membantu bintang tenis Switzerland itu melonjak tiga anak tangga ke kedudukan keempat dalam ranking ATP, hari ini. Stefanos Tsitsipas, pemain yang ditewaskan Federer sewaktu dia mencipta sejarah di Dubai turut berjaya memperbaiki rankingnya. Pemain Greece itu naik satu anak tangga untuk berada di kedudukan No. 10 dunia. Gael Monfils pula yang tumpas pada separuh akhir, melonjak empat anak tangga dan kembali dalam kelompok 20 terbaik dunia iaitu di kedudukan ke-19. Pemain yang melakukan lonjakan terbesar dalam ranking…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya