RANTAU PANJANG 25 Mac – Projek pembinaan Empangan Lebir dan Nenggiri di kawasan hulu Kelantan mampu menjadi ‘penyelamat’ kepada negeri ini sekiranya berlaku musim kemarau pada masa depan. Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Kelantan, Kamal Mustapha berkata, projek dua empangan itu kini menjadi keperluan mendesak dan perlu disegerakan bagi mengatasi kekurangan bekalan air ketika kemarau. “Kebanyakan sumber bekalan air negeri ini banyak tertumpu di kawasan hulu Kelantan. Bila sumber air…










