KOTA BHARU 4 Mac – Dua daripada enam wira negara yang terkorban dalam operasi menyelamat mangsa lemas di sebuah lombong di Cyberjaya tahun lalu menerima Pingat Jasa Bakti dalam Istiadat Pengurniaan Kehormatan Kebesaran Negeri Kelantan 2018 Kali Kedua sempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Sultan Muhammad V Ke 49. Tengku Mahkota Kelantan, Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra berkenan menyampaikan pingat Jasa Bakti kepada Allahyarham Izatul Akma Wan Ibrahim dan Allahyarham Muhammad Hifdzul Malik Shaari yang telah diwakili keluarga masing-masing dalam istiadat yang berlangsung di Istana Balai Besar di sini hari ini.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya