KUALA LUMPUR – Tiga individu ditahan polis selepas memiliki sejumlah dadah jenis ganja seberat 75 gram di sebuah unit kondominium di sekitar Taman Mutiara, Jinjang di sini hari ini. Dalam tangkapan pada pukul 12.30 malam itu, ketiga-tiga suspek berusia dalam lingkungan 25 tahun hingga 30 tahun. Masing-masing bekerja sebagai pegawai eksekutif pemasaran, pereka grafik dan bekas pekerja di sebuah firma penyelidikan data, Invoke Malaysia. Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner S. Shanmugamoorthy Chinniah berkata, ketiga-tiga suspek kini ditahan di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul. “Ketiga-tiga mereka…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya