KUALA LUMPUR – Perdagangan Malaysia bagi Januari 2019 berkembang 2.1 peratus tahun ke tahun kepada RM159.3 bilion berbanding tempoh sama pada 2018, menurut Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). Dalam kenyataan semalam, MITI berkata, eksport mencatatkan peningkatan 3.1 peratus kepada RM85.41 bilion manakala import tumbuh satu peratus kepada RM73.89 bilion yang menyumbang kepada lebihan dagangan sebanyak RM11.52 bilion, 19.2 peratus lebih tinggi berbanding Januari 2018. Ini merupakan lebihan dagangan bagi bulan ke-255 berturut-turut sejak November 1997. Menurut MITI, peningkatan eksport bagi Januari didorong terutamanya daripada sektor pembuatan dan perlombongan yang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya