PERJALANAN kira-kira lima jam dari Kuala Lumpur ke Pos Kuala Mu, Sungai Siput, Perak itu sedikit memenatkan. Ditambah pula dengan jalan bengkang-bengkok yang perlu disusuri sejauh kira-kira 68 kilometer (km) dari pekan Sungai Siput yang mengambil masa kira-kira satu jam 30 minit ke situ boleh mengundang rasa mual dan pening kepala. Bagaimanapun, semua perasaan itu hilang dan ‘berbalas’ sebaik tiba di Chalet Dusun, Kampung Kuala Mu. Suhu yang nyaman dan kesejukan air sungai yang mengalir seakan melenyapkan rasa penat itu. Lebih menyejukkan hati apabila kedatangan sesiapa saja ke lokasi itu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya