PASIR SALAK 3 Mac – Perniagaan menghantar pesanan makanan kepada pelanggan menjadi kebiasaan di kawasan bandar. Mendapat idea daripada konsep perniagaan itu, seorang remaja perempuan di Parit 16/a, Sungai Lampam dekat sini, Nur Hamisah Ahmad Pandi, 21, menjalankan perniagaan menghantar makanan yang dipesan secara online iaitu menerusi Facebook, Whatsapp dan telefon termasuk di kawasan luar bandar. Dia mula menjalankan perniagaan itu sejak setahun lalu dan antara makanan yang boleh dipesan pelanggan ialah chicken chop, ayam Korean cheese, ayam pedas Korean cheese, burger ayam crispy dan nasi goreng chicken chop. Menurutnya,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya