“TOLONG ambilkan alat kawalan jauh televisyen itu.” “Nanti gosok semua baju saya.” “Kenapa tak kemas rumah?” “Kenapa tak buat lagi kopi yang saya minta tadi? Kalau macam ni baik pergi kedai Mamak lagi cepat!” Itu antara dialog biasa dalam rumahtangga. Mungkin si suami sudah terbiasa mengarah isteri tanpa menyelami letih atau sibuknya isteri sepanjang hari di rumah sebagai pengurus hal ehwal rumah, manakala di pejabat sebagai kakitangan swasta atau kerajaan. Jika ditambah tolak waktu kerja isteri, ternyata si isteri sudah kerja melebihi kadar biasa tanpa rehat yang cukup, apatah lagi bayaran tambahan.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya