SYDNEY 3 Mac – Anggota bomba bertungkus lumus memadamkan 25 kes kebakaran yang berlaku sekitar daerah Victoria hari ini. Selain gelombang panas, kawasannya yang terpencil, suhu tinggi dan kawasan semak mudah terbakar juga menjadi faktor kebakaran kerap berlaku di sini. Gelombang panas keterlaluan yang berlanjutan empat hari mengakibatkan banyak kes kebakaran berlaku di selatan bahagian barat Australia, selatan Victoria dan Tasmania. Daerah selatan timur Victoria merupakan paling terjejas teruk dengan 2,000 anggota bomba dikerahkan, selain penggunaan bom air untuk memadam kebakaran.- AGENSI
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya