MEWARNAI dunia seni tanah air menerusi bidang nyanyian, lakonan serta pengacaraan, nama Marsha Milan Londoh atau Marsha Milan masih kekal relevan biarpun kebanyakan jenama seangkatan dengannya sudah mula ditenggelami waktu. Muncul dengan single terbaharu, Bimbang yang mengisahkan tentang keperitan seorang wanita yang dimadukan, penyanyi kelahiran Sabah ini percaya pertaruhan terbaharunya dalam bidang nyanyian akan membuahkan hasil. Mengakui rasa teruja sama tinggi dengan perasaan gementar bersarang dalam hatinya ketika mahu melancarkan single ini, menurut Marsha, Bimbang merupakan satu projek yang sempurna. “Lebih setahun lalu sahabat saya, Amylea ajak buat lagu tapi…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya