BUTTERWORTH 3 Mac – Sebanyak tiga buah kereta dan dua buah motosikal hangus selepas sebuah bengkel kenderaan di Kampung Manggis di sini terbakar petang ini. Bagaimanapun, dalam kejadian kira-kira pukul 1.50 petang itu, tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan. Jurucakap Pasukan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, kebakaran itu melibatkan sebuah bengkel kenderaan terbuka seluas kira-kira 37 meter persegi yang musnah hampir 90 peratus. Katanya, kesemua kenderaan yang terlibat juga terbakar hampir 90 peratus namun api berjaya dikawal dan dipadamkan sepenuhnya pukul 2.14 petang tadi. “Punca kejadian dan jumlah kerugian yang dialami masih dalam siasatan dan operasi…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya