SAUDARA PENGARANG, SAYA tersentuh melihat situasi ibu mengendong bayi dan anak kecil sambil mengemis di hadapan bank-bank semakin menjadi-jadi. Saya ingin menarik perhatian pihak berwajib tentang perkara ini. Sebagai contoh berlaku pada suatu malam di hadapan Maybank Desa Pandan, Kuala Lumpur dan Maybank Ampang Point, Selangor. Kelihatan seorang ibu mengendong bayi dan anak kecil sekitar usia tiga tahun sambil duduk meraih simpati daripada orang ramai agar menghulurkan sedekah. Situasi ini menjentik hati saya, di manakah suami perempuan tersebut atau bapa kepada anak kecil itu? Layakkah seorang anak kecil dan bayi…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya