KUALA LUMPUR 5 Mac – Mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia hari ini memutuskan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.25 peratus. BNM berkata tahap akomodatif dasar monetari itu adalah sejajar dengan pendirian dasar pada kadar semasa OPR. “Pihak MPC akan terus memantau serta menilai risiko membabitkan unjuran pertumbuhan domestik dan inflasi kerana menyedari wujudnya risiko ekonomi dan persekitaran kewangan yang lebih rendah,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini. Menurut bank pusat itu, ekonomi negara berkembang pada kadar lebih sederhana iaitu 4.7 peratus pada 2018.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya