JOHOR BAHRU 5 Mac – Sebuah bilik apartment di Pangsapuri Titiwangsa Jalan Padi Malinja 1, Bandar Baru Uda, di sini terbakar dalam kejadian malam tadi. Menurut ketua operasi, Timbalan Penguasa Bomba (TPgB) Mohd. Suhaimi Jamal, pihaknya menerima panggilan berkenaan kejadian itu pada pukul 7.35 malam sebelum menggerakkan 25 anggota melibatkan tiga buah jentera ke lokasi kejadian. “Kejadian kebakaran itu melibatkan sebuah bilik di dalam sebuah rumah yang merupakan Asrama Pelajar Kolej Mahsa. “Kebakaran telah membakar keseluruhan bilik tersebut. Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan siasatan masih dijalankan bagi mengesan punca…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya