SEOUL 3 Mac – Amerika Syarikat (AS) dan Korea Selatan mengumumkan untuk menamatkan latihan ketenteraan bersama tahunan, dalam usaha ‘memujuk’ Korea Utara menghentikan program senjata nuklear. Keputusan itu dibuat beberapa hari selepas sidang kemuncak kedua antara Presiden AS, Donald Trump dan pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un di Hanoi, Vietnam yang berakhir tanpa sebarang persetujuan formal. Korea Utara sebelum ini mengecam latihan ketenteraan itu, yang disifatkan sebagai satu langkah untuk pencerobohan. – AFP
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya