PORT DICKSON – Seramai tujuh pendatang asing tanpa izin (PATI) diberkas Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) semasa cuba menyeludup masuk ke negara ini melalui perairan Port Dickson semalam. Pengarah APMM Melaka dan Negeri Sembilan, Kapten Amran Daud berkata, PATI terbabit ditahan semasa cuba memasuki Malaysia menggunakan sebuah bot tanpa nombor pendaftaran berhampiran Pulau Perjudi dekat sini. Menurut beliau, kesemua lelaki warga Indonesia berusia antara 15 hingga 46 tahun itu dipercayai diseludup masuk ke negara ini untuk bekerja sebagai tukang cuci dan tukang kebun di sekitar Kuala Lumpur. “APMM turut memberkas seorang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya