PARIT BUNTAR 5 Mac – Seorang bapa sanggup memukul anak perempuannya dengan tukul besi sehingga wanita itu parah di kepala kerana berang mangsa masih belum mendapatkan pekerjaan dalam kejadian di Parit Sungai Melan, Kuala Kurau di sini semalam. Kejadian antara pukul 5.30 hingga 6.30 petang itu berlaku ketika mangsa berusia 24 tahun itu sedang mengaji al-Quran sebelum dipukul oleh bapanya yang ketika itu baharu pulang dari kerja menggunakan tukul pemecah dinding. Ketua Polis Daerah Kerian, Superintenden Omar Bakhtiar Yaacob berkata, kejadian menimpa wanita itu dimaklumkan kepada polis oleh Hospital Parit…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya