PETALING JAYA 3 Mac – Agenda pembangunan di Semenyih akan diteruskan walaupun Pakatan Harapan (PH) gagal pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan itu. Menteri Besar Selangor Amirudin Shari berkata agenda pembangunan di Semenyih telah dirancang awal dan ia termasuk dalam kerangka belanjawan negeri. “Cuma mungkin perlukan masa untuk susun semula dan laksanakannya berdasarkan jadual. “Itu semua adalah dalam kerangka belanjawan negeri dan bukanlah kerana PRK. Kami bukanlah hendak ‘hukum’ Semenyih…,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Malaysia Woman Marathon 2019 (MWM2019) di Padang Timur, di sini…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya